PUTRAJAYA, 12 OGOS 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat
Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) pada 15 hingga 16 Ogos 2024.
Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
“Mesyuarat kali ini dijangka akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC.
YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif-inisiatif progresif oleh Malaysia ini mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik” kata PETRA.
Tambah PETRA, penyertaan Fadillah akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih dan bernilai tinggi.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sekerja dari ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa dalam usaha meluaskan jaringan kerjasama dalam pelbagai bidang tenaga khususnya yang berpotensi menyokong komitmen dan inisiatif peralihan tenaga negara.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment