Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama komuniti di Sarawak
SRI AMAN, 15 Ogos 2024 (Bernama) — Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.
Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.
Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.
Be the first to leave a comment