Situasi semasa demam denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 31 (28 Julai 2024 – 03 Ogos 2024)

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 (Bernama) – Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Pulau Pinang.
           
Bagi survelan chikungunya, terdapat satu (1) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 63 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Bagi survelan zika, sebanyak 1,605 sampel darah, lapan (8) sampel urin dan tiga (3) sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Penyertaan komuniti dalam aktiviti pencegahan denggi adalah amat penting dan merupakan salah satu strategi dalam kawalan denggi. Antara platform penyertaan komuniti adalah melalui program COMBI (Communication for Behavioural Impact). Program ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada  tahun 2001 yang dijalankan melalui penglibatan komuniti secara sukarela. Sehingga Julai 2024, sebanyak 3,426 lokaliti COMBI telah didaftarkan di seluruh Malaysia dengan bilangan ahli berjumlah 32,768 orang. Maklumat berkenaan program COMBI serta cara penyertaan boleh diperolehi melalui Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/). Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.


 KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Pulau Pinang.
           
Bagi survelan chikungunya, terdapat satu (1) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 63 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Bagi survelan zika, sebanyak 1,605 sampel darah, lapan (8) sampel urin dan tiga (3) sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Penyertaan komuniti dalam aktiviti pencegahan denggi adalah amat penting dan merupakan salah satu strategi dalam kawalan denggi. Antara platform penyertaan komuniti adalah melalui program COMBI (Communication for Behavioural Impact). Program ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada  tahun 2001 yang dijalankan melalui penglibatan komuniti secara sukarela. Sehingga Julai 2024, sebanyak 3,426 lokaliti COMBI telah didaftarkan di seluruh Malaysia dengan bilangan ahli berjumlah 32,768 orang. Maklumat berkenaan program COMBI serta cara penyertaan boleh diperolehi melalui Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/). Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation