• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Anwar Kecam Kelemahan Tindakan Antarabangsa Tangani Genosid di Gaza

Spread the love

Oleh Shakir Husain / BERNAMA

NEW DELHI, 20 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.

Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.

Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai ‘genosid di Ukraine’, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka mengganggapnya sebagai ‘kesan peperangan’ dan menerimanya begitu sahaja.

“Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini, Selasa.

Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin.

Terdahulu hari ini dalam hantaran di platform X, Anwar berkata “sebarang perkembangan bermakna kearah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel”.

— BERNAMA

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation