Bidaan REC akan dibuka melalui mGATS

Spread the love

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2024- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan membuka bidaan sijil tenaga boleh baharu (Renewable Energy Certificate – REC) daripada penjanaan tahun 2024 melalui platform Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) bagi membolehkan syarikat korporat dan entiti perniagaan memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRA memaklumkan bahawa platform bidaan mGATS yang telah dibangun dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikatnya TNBX Sdn. Bhd. telah diluncurkan pada 8 Mei 2024.

“Syarikat korporat boleh menyertai bidaan di platform ini untuk mendapatkan sijil TBB yang diperlukan. Penawaran sijil TBB sebanyak 1000 GWj sijil TBB daripada sumber hidro dan 100GWj sijil TBB daripada sumber solar akan dibuka untuk bidaan mulai 12 tengahari pada 7 Oktober 2024 hingga 5 petang pada 11hb Oktober 2024.

Proses bidaan ini akan dilakukan melalui laman sesawang https://platform.mgats.com.my dan ia akan diadakan secara berterusan setiap bulan, bermula 7 hingga 11 haribulan, sehingga kesemua sijil TBB yang ditawarkan habis dibida. Perincian urusniaga komersil sijil TBB ini boleh diperolehi di laman sesawang www.mgats.com.my.” kata PETRA.

Persijilan dan pendaftaran sijil TBB yang ditawarkan akan dilakukan berdasarkan piawaian dengan badan persijilan antarabangsa seperti ITRACK Foundation.

“Langkah ini penting bagi memastikan dan menjamin kredibiliti sijil TBB yang diurusniagakan.

PETRA yakin bahawa pembukaan bidaan sijil TBB yang dihasilkan pada tahun ini akan membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen ESG berdasarkan kemampuan serta keupayaan masing-masing.

Usaha ini diharap akan merancakkan lagi pembangunan industri TBB negara, sekaligus menyokong aspirasi peralihan tenaga negara untuk mencapai sasaran 70% campuran kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik negara menjelang tahun 2050.” tambah PETRA.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation