• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Fadillah hadir di HSN 2024 Perlis

Spread the love

KANGAR, 12 Oktober 2024 – Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof hadir di Perlis bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) peringkat negeri itu.

Kredit Foto : FB rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof 

Dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, Fadillah berkata Hari Sukan Negara membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.

Ianya telah dijadikan sebagai agenda nasional dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau “sporting nation”.

“Penganjuran Hari Sukan Negara telah disambut selama sedekad, sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun 2015 bertujuan meningkatkan penglibatan aktif rakyat Malaysia selaras dengan strategi yang digariskan di bawah Visi Sukan Negara 2030 dan Kerangka Malaysia Madani.

Sejak tahun 2015 hingga 2023, penganjuran Hari Sukan Negara telah mencatatkan penyertaan seramai 36 juta orang. Selain itu, Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) menunjukkan domain skor penglibatan rakyat dalam sukan telah meningkat kepada 52% pada tahun 2023 berbanding 48% pada tahun 2022.

Dalam konteks Malaysia MADANI, usaha memperkasakan masyarakat perlu ditingkatkan terutamanya untuk memastikan anak-anak kita cergas dan sihat. Aspek kesukanan ini perlu diangkat ke satu aras yang tinggi, supaya ianya meningkatkan keyakinan rakyat dan martabat negara melalui kejayaan atlet di peringkat antarabangsa, serta menunjukkan ihsan melalui pelaksanaan program kepada seluruh lapisan masyarakat.” kata Fadillah.

Tambahnya, pada tahun lalu, Perdana Menteri telah merasmikan sambutan HSN 2023 dan kesannya telah memberi impak kepada masyarakat dengan peningkatan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) kepada 55.0 pada tahun 2023 berbanding skor 52.0 pada tahun 2022 dan 2021. Skor tersebut merangkumi indikator keaktifan, kesukarelaan, dedikasi, perbelanjaan dan sumbangan masyarakat dalam aktiviti sukan.

“Ini membuktikan bahawa HSN merupakan platform terbaik ke arah memperkukuhkan semangat dan ukhuwah perpaduan dengan penglibatan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan dan menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif sehingga menjadi suatu budaya yang sihat.

Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2030 iaitu ditafsirkan warga emas sebagai golongan terbesar jika dibandingkan dengan golongan masyarakat lain. Populasi penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 11.3% (3.8 juta) pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada 15.3% menjelang tahun 2030 dan seterusnya 20.0% pada tahun 2040 (sumber DOSM, 2023). Sehubungan itu, usaha meningkatkan tahap kesihatan perlu dimulakan dari sekarang, agar menjelang tahun 2030, negara memiliki golongan warga emas yang aktif dan sihat.

Kerajaan amat memahami bahawa golongan warga emas juga merupakan sebahagian golongan penting dalam masyarakat yang mempunyai hak saksama menikmati dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Sehubungan itu bagi HSN2024, Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan warga emas melalui penganjuran Karnival Sukan Warga Emas.” kata Fadillah.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation