BLUESCOPE MELANCARKAN PROGRAM ANUGERAH ASEAN UNTUK MERAIKAN KECEMERLANGAN SERANTAU DALAM SENI BINA KELULI

Spread the love

SINGAPURA, 16 Okt (Bernama) — Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN 2024 kini dibuka kepada projek-projek yang menggunakan keluli BlueScope di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Penyertaan diterima dalam sektor bangunan Kediaman, Komersial, Industri dan Institusi, sementara terdapat kategori tambahan iaitu ‘Kecantikan Tahan Lama COLORBOND®’ – kategori ini meraikan projek-projek yang telah menghadapi pelbagai keadaan cuaca namun tetap mengekalkan keindahan dan kekuatan mereka hasil penggunaan keluli COLORBOND® daripada BlueScope.

“Di BlueScope, kami berhasrat untuk mencipta dan memberi inspirasi kepada penyelesaian pintar dalam penggunaan keluli, dan program anugerah baharu kami adalah peluang yang baik untuk mempamerkan beberapa projek seni bina terbaik di rantau ini. Selain menetapkan penanda aras industri dan mempromosikan amalan terbaik, anugerah ini juga merupakan cara yang hebat untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan menyokong komuniti arkitek ASEAN yang dinamik,” kata Connell Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif NS BlueScope.

Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope 2024 ASEAN disokong oleh beberapa organisasi yang dihormati. Ini termasuk Persatuan Arkitek Siam di bawah Naungan Diraja, Ikatan Arsitek Indonesia, Universiti Seni Bina Ho Chi Minh City, Dewan Perniagaan Australia Singapura, dan Kumpulan Media ACG Malaysia. Panel Juri Anugerah ASEAN terdiri daripada pemimpin pemikiran seni bina yang dihormati. Mereka ialah: Ar. Asae Sukhyanga, Presiden Persatuan Arkitek Siam di bawah Naungan Diraja; Dr. Ar. Tan Loke Mun, Pengarah, Archicentre Sdn Bhd, Malaysia; Ar. Achmad D. Tardiyana, MUUD, IAI, Principal di PT. Urbane Indonesia; Dr Ar. Truong Thanh Hai, Naib Rektor Universiti Seni Bina Ho Chi Minh City; dan Ar. Richard Coulson, Pengarah COX Architecture. Penyertaan anugerah akan dinilai berdasarkan Kecemerlangan Reka Bentuk, Inovasi dan Kelestarian. Para hakim akan menilai pelbagai aspek reka bentuk bangunan, daripada nilai merit estetika, kepada fungsi, kecekapan dan banyak lagi.

“Sebagai peneraju industri dalam keluli yang disalut menggunakan cat premium, BlueScope berada dalam kedudukan yang unik untuk menyokong komuniti seni bina dalam merealisasikan reka bentuk impian mereka. Kami teruja untuk mempamerkan inovasi, kekuatan dan keindahan projek-projek yang kami bantu arkitek laksanakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation