KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat.
Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.”
MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program kemahiran yang direka khusus untuk individu cacat penglihatan. Pusat ini menampung lebih daripada 70 pelatih, berumur 18 tahun dan ke atas, dengan program yang disesuaikan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penting untuk pelbagai bidang termasuk Pengurusan Pejabat, Sistem Operasi Komputer, rawatan pemulihan kesihatan dan penyembuhan, Pengeluaran Audio, Pusat Panggilan dan Tenaga Pengajar.
“Kami sangat teruja dapat menjalin AmBank sebagai rakan kongsi dalam inisiatif penting ini,” kata Dato George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif di MAB. “Kerjasama ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prospek pendidikan dan profesional pelajar kami, memupuk tenaga kerja yang lebih inklusif.”
Kerjasama ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif berterusan AmBank yang bertujuan untuk memupuk impak sosial, menekankan komitmen Kumpulan terhadap tanggungjawab korporat dan pembangunan mampan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment