• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pengurusan air masa kini perlukan transformasi menyeluruh – Fadillah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 November 2024- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (National Water Innovation, Conferece and Exhibition- NWICE 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Kredit Foto FB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air

Menurut Fadillah. pengurusan air masa kini amat memerlukan transformasi menyeluruh termasuk sumber air bagi memastikan kelangsungan bekalan air yang bersih dan berkualiti kepada pengguna.

Katanya, ia juga bagi memastikan perkhidmatan pembetungan dapat menjamin kesihatan rakyat dan memelihara alam sekitar. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-6 (Air Bersih dan Sanitasi – memastikan ketersediaan dan kelestarian pengurusan air dan sanitasi untuk semua).

“Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan 228 liter air setiap orang sehari (LCD), angka yang agak tinggi berbanding sasaran 180 LCD pada tahun 2030.

Penyaluran air terawat yang dibekalkan daripada 348 loji rawatan air di seluruh Semenanjung dan WP Labuan boleh menampung sehingga 18,842 juta liter sehari (JLH).

Pada masa ini juga, 97.1% penduduk mempunyai akses kepada perkhidmatan bekalan air bersih. Purata Air Tidak Terhasil (NRW) juga masih berada pada tahap yang tinggi sekitar 34.6% berbanding sasaran 31% menjelang tahun 2025.” kata Fadillah.

Tambahnya, sejajar dengan matlamat dan Pelan Hala Tuju Transformasi Air Negara 2040 (AIR yang dilancarkan pada 29 Oktober lalu, persidangan NWICE pada kali ini membawa tiga sub-tema utama yang amat relevan dengan cabaran semasa sektor air negara iaitu ;

Sub-tema 1 ​: ​Lonjakan dan Evolusi Prasarana Pembetungan Negara

Sub-tema 2​: ​Menerajui Keterjaminan Air – Mendepani Perubahan Iklim Subtema 3​: ​Teknologi Tanpa Korekan, Inovasi Hijau

“Ketiga-tiga sub-tema ini adalah cerminan kepada komitmen dan usaha PETRA dalam menerajui dan menangani isu-isu kritikal sektor air dan pembetungan negara. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan perkhidmatan air yang mampan, selamat dan lestari kepada rakyat.” ujar Fadillah.

Tema NWICE 2024 pada tahun ini adalah “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”. Ia berlangsung selama tiga (3) hari bermula bermula hari ini sehingga 28 November 2024 dan dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bersama, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT).

“Persidangan yang telah berlangsung sepanjang tempoh tiga (3) hari ini menyediakan platform perkongsian ilmu, pengetahuan serta maklumat semasa berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan infrastruktur sektor air dan pembetungan negara yang menjadi salah satu medium interaksi dan jaringan komuniti penyelidikan air, pembetungan dan persekitarannya sekali gus mempamer hasil produk inovasi yang telah dibangunkan untuk potensi komersialisasi di pasaran industri.

Dengan penyertaan lebih 420 delegasi, 69 pembentangan kertas kerja dan 42 pempamer dari pelbagai sektor dari dalam dan luar negara, NWICE 2024 memberi fokus kepada pembangunan dan transformasi prasarana industri air dan pembetungan negara merangkumi tiga (3) subtema utama iaitu Lonjakan dan Evolusi Prasarana Pembetungan Negara, Menerajui Keterjaminan Air – Mendepani Perubahan Iklim dan Teknologi Tanpa Korekan, Inovasi Hijau.” kata PETRA.

Antara pengisian NWICE 2024 adalah lima (5) ucaptama persidangan yang akan dibentangkan Ketua Pengarah NAHRIM, Pengarah JBA, Timbalan Ketua Pengarah JPP, MATT dan Felo Akademi Sains Malaysia
(ASM) dengan topik pembentangan melibatkan pelbagai isu dan cadangan penyelesaian berkaitan cabaran kelestarian air dan persekitaran meliputi polisi, pengurusan bencana dan pembangunan
inovasi.

Selain itu, ucapan penutup persidangan bakal disampaikan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, pada 28 November 2024.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation