KERJASAMA IKIM, KMI HEALTHCARE & UTP ANGKAT NILAI SYARIAH DALAM PENJAGAAN KESIHATAN

Spread the love

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia (“IKIM”), Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (“KMI Healthcare”) dan Universiti Teknologi Petronas (“UTP”) menyatakan komitmen masing-masing bagi pembangunan nila-nilai syariah dalam bidang penjagaan kesihatan melalui penganjuran Simposium Shariacare yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia sebagai tetamu kehormat bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

Acara yang menghimpunkan pelbagai latarbelakang professional dalam bidang perubatan, kesihatan, agama, polisi dan etika ini menyampaikan tema “Merintis Kesihatan dengan Nilai-nilai Syariah” sebagai fokus perbincangan.

Dalam ucaptamanya, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly berkata “Perkhidmatan kesihatan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Perkhidmatan ini ialah satu tanggungjawab yang dipikul bersama oleh sektor awam dan sektor swasta dalam memastikan kesihatan rakyat terpelihara.”

Sambung beliau, “dalam konteks perkhidmatan kesihatan berteraskan Syariah, bukan sahaja aspek fizikal atau jasmani yang diberikan perhatian, malahan aspek spiritual atau rohani juga diberikan penekanan. Perkhidmatan kesihatan yang berteraskan Syariah menjadi satu keperluan apabila wujud kemahuan dan kesungguhan untuk menyepadukan penjagaan dari aspek fizikal dan spiritual mengikut nilai-nilai sejagat yang diketengahkan oleh ajaran Islam.”

Penganjuran simposium ini merupakan kesinambungan kepada satu projek penyelidikan yang melibatkan IKIM dan UTP bersama-sama penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkenaan “Shariah-Compliant Islamic Medical Service Standard Framework for Health Provider in Malaysia”

Usaha ini mencapai kemuncaknya pada awal tahun 2024 dengan pembangunan Rangka Kerja Pematuhan Syariah untuk sektor penjagaan kesihatan iaitu sebuah pelan tindakan komprehensif yang menyediakan garis panduan untuk penyedia perkhidmatan kesihatan dalam usaha mereka mematuhi Syariah. 

Dr. Rayney Azmi bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare turut menyebut dalam ucapannya “Dengan kerjasama bersama UTP, KMI Healthcare berbangga kerana menjadi salah satu pelopor dalam meneroka kerangka kerja syariah yang lengkap dalam operasi hospital. Kami percaya bahawa insiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, tetapi juga akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.”

Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, Naib Canselor UTP pula berkata, “UTP akan terus menyokong kerjasama sinergistik dalam usaha peralihan negara ke arah perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh Syariah. Harapan UTP melalui inisiatif perintis dalam sektor ini adalah untuk membangunkan rangka kerja penjagaan kesihatan berlandaskan Syariah. Rangka kerja ini bukan sahaja memenuhi keperluan pesakit Muslim, tetapi juga meningkatkan keberkesanan, keterangkuman, dan standard etika sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan.”

MENGENAI IKIM

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan, penerbitan dan media Tv online dan radio. Dasar kualiti IKIM ialah Memahami Islam Membina Peradaban. IKIM dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
 
MENGENAI KMI HEALTHCARE

Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. juga dikenali juga sebagai KMI Healthcare, merupakan anak syarikat TDM Berhad yang beroperasi dalam bidang penjagaan kesihatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1996 di bawah jenama Kumpulan Mediiman Sdn Bhd, dan kemudianya distruktur semula menjadi Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd pada tahun 2013, KMI Healthcare telah meningkatkan penjenamaan hospital-hospital di bawah Kumpulan Penjagaan kesihatan.
KMI Healthcare mengendalikan lima hospital komuniti pakar iaitu: –

1. KMI Kelana Jaya Medical Centre (“KMI Kelana Jaya”);
2. KMI Kuantan Medical Centre (“KMI Kuantan”);
3. KMI Kuala Terengganu Medical Centre (“KMI Kuala Terengganu”)
4. KMI Taman Desa Medical Centre (“KMI Taman Desa”); and
5. KMI Tawau Medical Centre (“KMI Tawau”).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation