• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kadar 2% caruman KWSP pekerja asing kekal – Steven Sim

Spread the love

PUTRAJAYA: Kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2% kepada pekerja asing dikekalkan sehingga kajian selanjutnya pada masa hadapan, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata langkah itu diambil dengan mengambil kira kesesuaian semasa.

“Maklumat lanjut tentang pelaksanaan caruman mandatori ini akan diperincikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Setelah itu, satu rang undang-undang bagi meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Steven, langkah itu adalah untuk meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial bagi semua pekerja.

Katanya, ini selaras dengan piawaian antarabangsa seperti ketetapan Artikel 68 Konvensyen 102, International Labor Organization (ILO) iaitu hak sama rata perlindungan sosial kepada individu bukan warganegara.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024 berkata pelaksanaan caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pekerja asing adalah dicadangkan sebanyak 2%.

Katanya ini untuk pekerja asing dan dipadankan dengan caruman 2% di pihak majikan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation