• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

2.3 juta pekerja asing berdaftar dengan KESUMA

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata 2,368,422 orang atau 14% merupakan pekerja asing dalam negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata keberadaan pekerja asing di negara ini disifatkan terkawal kerana masih di bawah had siling 15% seperti ditetapkan kerajaan.

Katanya, data setakat hujung tahun lalu menunjukkan keberadaan pekerja asing di negara ini berada di tahap 14% daripada jumlah penduduk bekerja negara.

“Sejak 18 Mac 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Sehingga 31 Disember 2024, jumlah keseluruhan penduduk bekerja berjumlah 16,779,500 orang. Daripada jumlah tersebut 2,368,422 orang atau 14 peratus merupakan pekerja asing,” katanyadalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang meminta KESUMA menyatakan kadar peratusan dan jumlah lambakan pekerja asing di Malaysia serta peratusan asing paling ramai di negara ini.

Menurut Steven peratusan itu menunjukkan keberadaan pekerja asing dalam negara adalah terkawal kerana masih berada di bawah had siling yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk bekerja negara.

Berkenaan peratusan terbesar pekerja asing di negara ini, Steven berkata ia terdiri daripada pekerja warga Bangladesh yang mewakili 37.96% atau 898,970 orang daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia.

“Ini diikuti dengan pekerja warga Indonesia sebanyak 24.58% (582,108 orang) dan pekerja warga Nepal sebanyak 15.63% (370,127 orang),” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation