SUMBER GAMBAR: Sosial Media Facebok, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang penting dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau menekankan penting JPN untuk menerima dan mengadaptasi ilmu Kecerdasan Buatan (AI), kerana ia bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan.
“Banyak perkara telah kami bincangkan, termasuk cabaran semasa dan langkah-langkah penambahbaikan dalam pertemuan dengan pengarah-pengarah bahagian dan negeri JPN dalam sesi perkongsian dan makan malam santai yang penuh makna,” katanya di Facebook.
Menurut Saifuddin, dalam era teknologi yang berkembang pesat, sangat penting untuk jabatan dan agensi kerajaan bergerak seiring dengan perubahan.
Katanya, ini agar JPN kekal relevan serta mampu memberikan perkhidmatan yang lebih cekap serta responsif kepada rakyat.
“InsyaAllah, dengan komitmen dan kesungguhan yang ada, kita akan terus melangkah ke hadapan dalam mentransformasikan perkhidmatan kerajaan ke arah yang lebih moden dan efisien,” katanya.
Be the first to leave a comment