KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming,Puchong.
Menurut KESUMA, program itu telah menyatukan komuniti untuk sama-sama meraikan budaya, inklusiviti dan kemakmuran.
“Acara yang terbuka kepada orang ramai ini menarik pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut serta menyambut perayaan tersebut,” kata KESUMA.
Majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim selaku Tetamu Kehormat, bersama tetamu-tetamu kenamaan lain, termasuk Datuk Azman Yusoff, Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pengerusi HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Eksekutif HRD Corp, ahli lembaga pengarah, pasukan kepimpinan kanan serta pemimpin-pemimpin industri utama.
Perhimpunan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan erat dengan pemegang taruh dan masyarakat umum sambil menghargai keunikan tradisi Tahun Baharu Cina.
Majlis ini turut dihadiri lebih 1,000 pengunjung, termasuk pemegang taruh HRD Corp yang terdiri daripada majikan di Malaysia, persatuan industri, jurulatih, penyedia latihan, masyarakat umum serta pengamal media.
Dalam ucapannya, Steven Sim menekankan pencapaian cemerlang HRD Corp dengan menyatakan bahawa sambutan Tahun Baharu Cina ini menunjukkan pencapaian penting bagi HRD Corp.
“HRD Corp pada tahun lalu sekali lagi memecah rekod dengan kutipan levitertinggi dalam 32 tahun sejarah penubuhannya, yang mencecah RM2.3 bilionpada tahun 2024 berbanding RM2.1 bilion pada tahun 2023.
“Dalam pada itu, semua agensi dan jabatan di bawah KESUMA termasuk HRDCorp telah melaksanakan reformasi pengurusan yang tidak ada kompromisupaya kita boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemegangtaruh,” katanya.
“Menerusi Dasar KESUMA Reengineering, sekiranya dulu kita ambil masa satu minggu untuk memproses tuntutan levi oleh majikan, tahun ini kita sasarkan hanya satu jam, manakala untuk penyedia latihan pula, jika sebelum ini kita ambil masa tujuh hari, tahun ini kita sasarkan, hanya tiga hari,” katanya dalam ucapannya di sini.
Antara sorotan utama acara ini ialah penyampaian sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HRD Corp kepada 20 organisasi dan NGO.
Inisiatif bermakna ini mencerminkan komitmen HRD Corp dalam menyokong komuniti yang memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui sumbangan yang bererti, memastikan semangat memberi dan kebersamaan terus menjadi tunjang dalam sambutan ini.
Dalam pada itu, majlis rumah terbuka ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang memperkayakan pengalaman pengunjung serta komuniti.secara keseluruhan.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk upacara menggaul Yee Sang yang penuh kemeriahan, persembahan Tarian Singa yang memukau, serta pertunjukan kebudayaan tradisional Cina yang menyemarakkan lagi suasana perayaan.
Majlis ini juga menampilkan aktiviti bengkel, yang menyediakan sesi interaktif dan bermaklumat untuk meningkatkan pembangunan tenaga kerja serta pertumbuhan peribadi.
Antara bengkel menarik yang disediakan termasuk Bengkel Kaligrafi Cina, Bengkel Membuat Tanglung, dan Bengkel Seni Simpulan Cina, yang membolehkan peserta menyelami seni tradisional yang kaya dengan nilai budaya.
Selain itu, Sudut Kebudayaan turut disediakan bagi membolehkan tetamu menikmati seni tradisional Cina, persembahan budaya, serta pameran warisan yang menambahkan lagi suasana kemeriahan.
Rumah terbuka ini telah berjaya mengeratkan lagi perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, sekali gus memperkukuh penglibatan berterusan KESUMA dan HRD Corp bersama rakyat.
Acara ini menyediakan platform bermakna untuk masyarakat berkumpul dalam semangat perayaan yang muhibah, ketika Malaysia melangkah ke Tahun Ular dengan harapan baharu serta aspirasi bersama.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment