SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi komitmen untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah terus diperkuat dengan pendekatan yang sinergi dan saling melengkapi.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Azeez serta rakan-rakan dari Biro Politik UMNO Kedah.
“Pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh muhibah, mengukuhkan silaturrahim serta mempererat kesefahaman antara kami.
“UMNO Kedah baru sahaja selesai sesi pemukiman mereka dan kunjungan ini berkebetulan berlangsung usai pelantikan saya sebagai Pengerusi Harapan Kedah baru-baru ini,” katanya di Facebook.
Menurut Saifuddin perbincangan itu mencapai titik temu terutama dari sudut gerak kerja yang tersusun dan komunikasi selaras di peringkat kepimpinan negeri sehingga akar umbi.
“InsyaAllah, moga persefahaman erat ini mampu diterjemahkan dengan usaha sama yang sederap, bagi memastikan keutuhan kerajaan Madani terus dikekalkan.
“Terima kasih kepada teman-teman UMNO Kedah atas kunjungan dan perbincangan produktif ini. Kita terus bergerak kedepan dengan semangat perpaduan,” katanya.
Be the first to leave a comment