KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mencadangkan Kajang dijadikan sebagai bandar warisan dalam usaha menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata susulan itu berharap kerajaan negeri Selangor dan persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama merealisasikannya susulan Tahun Melawat Selangor dan Tahun Melawat Malaysia.
Menurut beliau lagi cadangan itu dibuat supaya Kajang setara dengan bandar warisan lain seperti George Town, Taiping dan Melaka.
Tambahnya, Kajang ada potensi menjadi destinasi warisan dan budaya kerana memiliki bangunan sejarah berusia lebih 100 tahun.
“Antara tempat bersejarah di Kajang termasuklah Tokong Sheng Sze She Yar, Sekolah Menengah Tinggi Kajang (Kajang High School), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Hwa, Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Kuil Sri Subramaniyar dan macam-macam lagi.
“Terdapat juga kampung tradisi seperti Kampung Sungai Sekamat dan kampung baru seperti di Sungai Chua yang mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Syahredzan yang merupakan Ahli Parlimen DAP berkata Kajang juga terkenal dengan sate Kajang.
Beliau berkata sate Kajang adalah yang tersedap dalam Malaysia.
Katanya, dalam mempromosikan tempat-tempat pelancongan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, jangan lupa juga kawasan seperti Kajang.
“Kajang hanya setengah jam dari ibu kota, dan lagi dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Saya berani katakan dalam Dewan (Dewan Rakyat) yang mulia ini adalah sate (Kajang) yang paling sedap dalam Malaysia,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment