• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Penjara bukan sekadar tempat menjalani hukuman tapi medan perbaiki diri

Spread the love

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semalam telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata lawatan itu bagi menyantuni sekumpulan prospek terpilih serta keluarga mereka dalam sebuah majlis ringkas tetapi penuh bermakna sempena dengan sambutan Hari Thaipusam.

“Saya sempat beramah mesra dengan mereka ini, mendengar luahan hati serta berkongsi sedikit kata-kata semangat.

“Bagi saya, setiap insan berhak mendapat peluang kedua dan penjara bukan sekadar tempat menjalani hukuman, tetapi medan untuk seseorang memperbaiki diri dan kembali sebagai insan yang lebih baik kepada masyarakat,” katanya di Facebook.

Saifuddin turut menghargai usaha pihak penjara, pegawai, serta semua yang terlibat dalam membantu ke semua prospek bagi membina masa depan yang lebih cerah.

“Semoga mereka yang sedang melalui ujian ini diberi kekuatan, bimbingan, dan peluang untuk berubah,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation