Program KESUMA Madani memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum
KUALA LUMPUR: Program Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Madani bersama komuniti India sempena Sambutan Perayaan Thaipusam 2025 semalam diyakini dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.
KESUMA berkata bukan itu sahaja tetapi program itu juga melambangkan kesepaduan dalam kepelbagaian.
“Ini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang mengutamakan keharmonian, kesejahteraan, dan inklusiviti,” kata KESUMA.
Semalam KESUMA telah menganjurkan Program Wira KESUMA sempena sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang
Menurut KESUMA, program itu dianjurkan sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum selaras dengan prinsip Malaysia Madani.
“Program ini dimulakan dengan kehadiran tetamu di reruai KESUMA, diikuti dengan perjalanan sejauh 30 minit ke lokasi utama.
“Ini simbolik kepada semangat ketahanan dan pengorbanan dalam perayaan Thaipusam,” katanya
KESUMA berkata peserta kemudiannya berarak ke Kuil Vinayagar untuk upacara keagamaan, mencerminkan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Malaysia.
“Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow
yang bersama-sama menyertai upacara Thaipusam di reruai KESUMA.
“Selain itu, lawatan ke reruai Universiti Sains Malaysia (USM) dan sesi ramah mesra antara peserta mengukuhkan ikatan silaturahim dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Be the first to leave a comment