• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kerajaan akan pinda Akta Perhimpunan Aman

Spread the love

KUALA LUMPUR 13 Februari 2025 – Kerajaan memaklumkan akan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan pelaksanaan keputusan daripada kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keperluan untuk mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta tersebut akan dikeluarkan da penganjur hanya perlu memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan diadakan bagi tujuan pengawalan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kredit Foto : YouTube Parlimen Malaysia

“Beberapa tindakan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan anti-rasuah yang melibatkan mahasiswa akan dihentikan dan tiada tindakan diambil.

“Begitu juga mogok tunjuk perasaan (membantah SOSMA) beberapa hari lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai kesediaan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.

Khoo sebelum itu turut mencadangkan kerajaan mewujudkan satu tempat khas sebagai lokasi khusus untuk sebarang perhimpunan diadakan.

Dalam pada itu Anwar berkata mulai masa ini tiada keperluan untuk sebarang kelulusan bagi penganjuran himpunan dan beliau percaya penganjur boleh memberikan kerjasama kepada polis.

Sebelum ini, jurucakap Rakyat Benci Rasuah Zaim Zulkifli dilaporkan mengecam tindakan polis yang memanggil pelajar universiti untuk siasatan berkaitan himpunan pada 25 Jan lalu, dan turut menyifatkan ia sebagai satu bentuk intimidasi.

Ini selepas 10 pelajar terbabit dipanggil untuk dirakam keterangan dan proses didakwa mengambil masa lebih sejam setengah.

Pada himpunan 25 Jan lalu, menyaksikan 200 berhimpun di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, yang kebanyakan pelajar universiti.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation