PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik 2025 – Steven Sim
KUALA LUMPUR 14 Februari 2025: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) meletak sasaran sebanyak RM450 juta kutipan bayar balik pada tahun ini.
Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada PTPK yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam untuk tahun ini.
“Sejak penubuhan PTPK, sejak 25 tahun, PTPK telah memberikan pinjaman bernilai RM5.2 bilion, memanfaatkan lebih 400,000 peminjam yang rata-rata terdiri daripada generasi muda.
“Pada tahun lepas, PTPK telah memberi pinjaman sebanyak RM521.12 juta,” katanya semasa pelancaran Kempen Promosi Bayaran Balik 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Sementara itu, Steven berharap, dengan inisiatif yang dilaksanakan itu dapat memenuhi golongan rentan yang mempunyai pendapatan rendah.
Katanya, tidak harus dilupakan kepada golongan masyarakat yang masih belum mencapai tahap pencapaian yang memuaskan.
“Kita harus memenuhi keperluan golongan rentan tersebut,“ katanya.
Be the first to leave a comment