KUALA LUMPUR 15 Febuari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 16,259 kes tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/1963, dan Ordinan Perkapalan Saudagar.
Beliau berkata demikian berhubung pencapaian penting Maritim Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2005.
“Sebanyak 1,789 pencerobohan vesel nelayan asing berjaya digagalkan, dengan 15,162 kru ditahan.
“Negara asal nelayan asing yang paling tinggi ditahan, Vietnam iaitu sebanyak 11,443 orang, Indonesia (2,221 orang) dan Thailand (956 orang),” katanya pada sidang media sempena sambutan dua dekat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Pulau Pinang.
Menurut Saifuddin sejak 2006 hingga 2024, sebanyak 3,285 operasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dijalankan, melibatkan 16,517 mangsa insiden di laut.
Katanya, daripada itu, 14,094 mangsa berjaya diselamatkan, membuktikan komitmen agensi dalam melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
“Kes Berprofil Tinggi seperti kes rompakan kapal tangki, MT Orkim Harmony (2015) – kapal membawa 6,000 tan petrol, MT MGT1 (2017) – rompakan berhampiran Pulau Yu Besar dan semua 11 perompak berjaya ditahan.
“Rampasan dadah terbesar diPulau Pinang iaitu 2 tan methamphetamine bernilai RM106 juta dirampas.
“Operasi membongkar sindiket diketuai seorang wanita warga asing dikenali sebagai “Ibu Ani” di Selangor. Kejayaan ini meningkatkan keyakinan antarabangsa terhadap keselamatan perairan negara,” katanya.
Tambah Saifuddin antara perancangan masa depan APMM adalah dengan emperluaskan pemasangan teknologi pemantauan dengan radar berdefinisi tinggi dan perakam video berkualiti tinggi.
Katanya, penggunaan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) akan diperluaskan ke kawasan berisiko tinggi seperti lokasi penyeludupan dadah dan migran.
“Ketika ini, terdapat dua zon SWASLA itu
SWASLA Lumut – memantau perairan Selat Melaka dan SWASLA Sabah – memantau perairan Pantai Barat Sabah.
“Maritim Malaysia bercadang membangunkan SWASLA di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung.
“Memperluaskan penggunaan dron dan Unmanned Aerial Vehicles (UAV) bagi memantau kawasan sukar diakses,” katanya.
Jelas Saifuddin perolehan aset baharu sejajar dengan Pelan Strategik APMM 2023-2033, termasuk, kapal peronda luar pesisir (Offshore Patrol Vessel, OPV) yang boleh memuatkan helikopter.
Katanya, empat helikopter Agusta Westland 189 (2026), dua kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) dan empat kapal New Generation Patrol Vessel (NGPV).
“Program Repowering dan Ship Life Extension untuk memanjangkan jangka hayat aset dengan kos efektif Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Salak Tinggi, Selangor, Pejabat dan jeti operasi Maritim Sabah dan Labuan di Teluk Sepanggar.
“Pembinaan jeti Pos Batu Putih, Perlis, Stesen Udara Maritim di Sandakan, Sabah dan naik taraf jeti-jeti sedia ada untuk keperluan aset operasi,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment