KUALA LUMPUR 15 Febuari 2024: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis sedang menjalankan siasatan dengan mengambil kira segenap sudut termasuk prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung kejadian tembakan di perairan Tanjung Rhu.
Beliau berkata siasatan dalaman turut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran undang-undang.
“Mereka terdedah kepada (situasi) mengancam nyawa, terutama pada jam 3 pagi di tengah samudera yang gelap.
“Jadi semua itu, kalau kita posisikan diri kita, kita akan faham bahawa ia adalah satu bentuk strategi, tetapi harus ikut prosedur termasuk penggunaan senjata api dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Georgetown Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata siasatan ketika ini menjurus ke arah aktiviti penyeludupan migran yang merupakan satu jenayah serius di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
Katanya, dengan episod mengejar suspek adalah usaha Maritim Malaysia untuk menggagalkan penyeludupan migran pada hari kejadian.
“Jadi saya nak sebut bahawa siasatan dalaman Maritim Malaysia sedang berjalan. Siasatan polis juga sedang berjalan di bawah banyak akta, termasuk akta senjata api dan akta ATIPSOM.
“Kita biarkan dulu proses siasatan itu berlaku, dari semasa ke semasa saya akan kemas kini,” katanya.
Sebelum ini laporan mendakwa kejadian pada 24 Janurai lalu itu berpunca sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang didakwa mencetuskan provokasi terhadap pegawai penguat kuasa Malaysia, dengan sehingga kini dua disahkan maut dan tiga lagi cedera.
Bukti menunjukkan bot Maritim Malaysia dirempuh bot suspek dengan pihak berkuasa menemukan dua bilah parang di atas bot warga Indonesia terbabit.
Kerajaan Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan tergas sekiranya pegawai Maritim Malaysia menggunakan kekerasan melampau dalam kejadian itu.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment