Ewon rasmi pejabat Tekun Nasional cawangan Kimanis

Spread the love

MEMBAKUT, 15 Februari 2025– Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick merasmikan Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Kimanis yang terletak di Tingkat 1, Lot 18, Block C, Membakut Jaya, di sini semalam.

Beliau berharap pembukaan pejabat itu akan membantu membangunkan lebih ramai usahawan berjaya di Mambakut dan Kimanis.

“Semua perkara besar bermula daripada perkara kecil seperti juga dengan pembukaan Pejabat TEKUN Cawangan Kimanis. Saya pasti pembukaan pejabat baharu ini akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini.

“Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan MADANI melalui agensi kementerian dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya terbaik kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pejabat baharu TEKUN Nasional Cawangan Kimanis, di Mambakut Jaya, di sini semalam.

Ewon berkata, di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara KUSKOP, beliau beriltizam untuk memberikan fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam gerakan pembangunan keusahawanan, koperasi serta pendidikan.

Justeru itu katanya, pembukaan pejabat agensi-agensi KUSKOP di Sabah adalah antara inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia di wilayah Borneo.

“Pembukaan cawangan ini juga lahir daripada permintaan pemimpin-pemimpin tempatan Membakut iaitu YB Datuk Mohamad Alamin selaku Ahli Parlimen Kimanis, YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin Hj Mohd Arif selaku ADUN Membakut dan Rowindy Lawrence selaku Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation