KPDN sasar perlaksanaan sekurang-kurangnya 2 siri PJRM sebulan setiap kawasan DUN

Spread the love

SANDAKAN, 16 Februari 2025 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sebagai salah satu langkah intervensi dengan menawarkan harga antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa bagi barangan keperluan harian.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, untuk tahun 2025, KPDN menyasarkan pelaksanaan sekurang-kurangnya 2 siri PJRM sebulan bagi setiap kawasan DUN di seluruh negara.

Katanya Kerajaan komited untuk melaksanakan pelbagai strategi dan pendekatan merentasi pelbagai kementerian dan agensi dalam menangani isu kos sara hidup rakyat termasuk pemberian bantuan tunai.

“Antaranya, di bawah Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan terus memperluaskan pemberian antuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sebanyak RM13 bilion diperuntukkan untuk program STR dan SARA bagi tahun 2025, iaitu peningkatan RM3 bilion berbanding tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, RM8 bilion diperuntukkan untuk STR manakala RM5 bilion pula untuk pelaksanaan SARA.

“Pemberian bantuan melalui STR dan SARA akan memberi manfaat kepada 5.4 juta penerima berpendapatan rendah khususnya dalam senarai e-kasih daripada kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan golongan bujang. Ini merangkumi lebih 120,000 penerima di negeri Sabah dan 110,000 penerima di negeri Sarawak.” kata Armizan.

Penerima akan mendapat bantuan tunai antara RM500 sehingga RM2,500 setahun mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Manakala bagi bantuan SARA 2025 pula, penerima akan diberikan bantuan sebanyak RM50 hingga RM200 sebulan mengikut kategori kelayakan masingmasing yang akan dikreditkan di dalam MyKAD, untuk mendapatkan barangan keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit yang terpilih.

“Setakat 13 Februari 2025, para penerima bantuan SARA boleh mendapatkan barangan keperluan di
1700 premis pasar raya dan kedai runcit seluruh negara yang terlibat.

“Bermula tahun 2025, pelaksanaan SARA menggunakan MyKAD juga telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Melalui peluasan ini, bantuan SARA akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKAD penerima berbanding kaedah pemberian tunai dua kali setahun sebelum ini. Setakat ini, sebanyak 340 premis di Sabah dan 320 premis di Sarawak terlibat dalam pelaksanaan SARA.

Bagi meningkatkan akses kepada penerima SARA untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih mudah di kawasan berdekatan, KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA.” kata Armizan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri yang melaksanakan program khusus untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup.

“Sebagai contoh, pelaksanaan program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) oleh Kerajaan
Negeri Sabah dan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) oleh Kerajaan Negeri Sarawak, iaitu pemberian bantuan tunai kepada penerima yang layak bermula tahun 2025.” ujar Armizan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation