KUALA LUMPUR 16 Febuari 2025: Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan berkata sokongan diterima daripada anggota PKR di bahagian Parlimennya sangat padu dan tiada masalah.
Beliau menafikan tidak mendapat sokongan daripada anggota PKR Wangsa Maju menjelang pemilihan parti.
“Anggota PKR Wangsa Maju beri sokongan yang padu pada saya. Saya kira sokongan itu menggambarkan bahawa anggota-anggota PKR matang dan walaupun kritikal.
“Saya yakin mereka prihatin dan percaya dalam pemilihan akan datang cabang Wangsa Maju dan cabang lain serta pusat, anggota PKR matang akan memilih terbaik untuk parti dan khidmat untuk rakyat,” katanya.
Menurut Zahir lagi, beliau yang sebelum ini merupakan ketua cabang Titiwangsa PKR telah membuat permohonan untuk menukar ke cabang Wangsa Maju PKR.
Beliau berkata permohonannya itu telah diluluskan dan secara rasmi menjadi anggota PKR cabang Wangsa Maju.
“Hasrat itu demi dua prinsip iaitu kuatkan parti dan memastikan Ahli Parlimen Keadilan di Wangsa Maju dapat khidmat sebaik mungkin. Itu sebab buat keputusan bertanding dalam ketua cabang di Wangsa Maju pada pemilihan PKR,” katanya.
Zahir juga berkata sambutan Tahun Baru Cina di Wangsa Maju yang diadakan semalam juga mendapat sambutan yang menggalakan.
Beliau berkata banyak projek dan program yang telah dibuat di Wangsa Maju.
“Kita akui tak semua sempat saya bertemu setakat ini. Tetapi saya kira peratusan yang saya dapat penuhi itu semakin besar dari semasa ke semasa
“Usaha dekati rakyat tetapi penting apa pun diri kita perlu pastikan rasa puas hati khidmat untuk rakyat.
“Setakat ini memang saya belum berpuasa hati kerana ada ruang-ruang perlu kita isi bagi mendekati rakyat dan memaklumkan rakyat perkhidmatan kita tawarkan,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment