• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tiada kes tatatertib polis yang tertangguh

Spread the love
Sumber Gambar: Youtube Parlimen Malaysia / RTM

KUALA LUMPUR 17 Febuari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada kes-kes tatatertib melibatkan polis yang dikendalikan kementerian itu tertangguh.

Beliau berkata kes yang sedang berjalan masa ini adalah kerana masih dalam siasatan oleh Jabatan Integriti, yang perlu mengangkat syor mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

“Maknanya, sistem dan proses yang ada sekarang memadai untuk mengelakkan kelambatan dalam membuat keputusan terhadap satu kes tatatertib.

“Sebelum saya masuk (menjadi menteri dalam negeri), ada kes yang sudah enam ke tujuh tahun tidak ada keputusan. Ada anggota polis yang sudah pencen, tetapi masih tertakluk kepada kes tatatertib,” katanya dalam pertanyaan-pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berhubung penambahbaikan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan langkah segera terhadap aduan yang melibatkan salah laku sesama anggota polis.

Sementara itu, Saifuddin berkata setiap bulan beliau akan mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dan membincangkan pemangkuan pangkat dan pengesahan pangkat.

Katanya, pihaknya juga membincangkan isu berhubung tatatertib.

“Untuk makluman sejak saya masuk ke sini, saya mewarisi timbunan kes-kes tatatertib yang tidak selesai.

“Sebab itu, bila saya masuk dan saya teliti, saya dapati masalah ini boleh diatasi segera.

“Jadi, kita tambahkan pegawai undang-undang di SPP, dan akhirnya sekarang, semua kes selesai,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation