• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Klip video kesan jenayah Sosma ditayangkan di Dewan Rakyat

Spread the love

KUALA LUMPUR 19 Februari 2025: Dewan Rakyat hari ini dipertontonkan video klip berdurasi kira-kira 30 saat berhubung jenayah-jenayah yang diperlakukan sebelum wujud Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata video berkenaan adalah kesan daripada jenayah yang memerlukan polis untuk menguatkuasakan peruntukan di bawah Sosma.

“Menurut gambar sakitnya lebih kejam, dikapak, diparang di kepala dan lengan, perut terburai, otak bersepai dan macam-macam lagi.

“Itu semua kita akan paparkan kepada Ahli-ahli Parlimen bagi memahami perspektif dalam banyak undang-undang yang ada di negara ini ada satu sudut pandangan pasukan penguatkuasa dimana mereka merasakan ada keperluan untuk peruntukan ini diguna pakai,” katanya di Dewan Rakyat.

Semua Ahli-ahli Parlimen yang hadir dipertontonkan video klip bersama Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Sebelum video ditayangkan, Johari mengarahkan video klip itu hanya dibenarkan ditayangkan di hadapan Ahli Parlimen dan tidak boleh ditayangkan di luar Dewan Rakyat.

“Saya tidak dibenarkan video ini disebarkan diluar, ia hanya untuk tontonan Ahli Parlimen sahaja,” katanya.

Minggu lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu susulan pengumuman pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation