KUALA LUMPUR 19 Februari 2025: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan disemak dan diteliti semula dalam melaksanakan tiga hala tuju bagi penambahbaikan akta berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau ketika dalam sesi penerangan mengenai Sosma di Dewan Rakyat berkata antara hala tuju adalah termasuk kajian bagi mewujudkan mahkamah khas membabitkan kesalahan di bawah akta tersebut.
Katanya, ini bagi mempercepatkan proses pendakwaan supaya tidak terlalu lama dan menangani isu berkaitan jaminan.
“Yang pertama 73 kesalahan di bawah Sosma kita akan teliti untuk mencadangkan kesalahan jenis mana yang kita boleh pulangkan kepada mahkamah untuk ikat jamin berbanding sekarang tidak ada langsung ikat jamin melainkan wanita, kanak-kanak dan orang uzur.
“Kedua menimbangkan kewujudan mahkamah khas seperti mahkamah khas yang telah disenaraikan supaya membolehkan proses pengadilan di mahkamah itu berlaku dengan lebih cepat berbanding masa sekarang,” katanya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, hala tuju ketiga adalah Seksyen 30 iaitu penahanan sehingga selesai proses undang-undang yang membuktikan kesediaan kerajaan untuk daripada status qou sekarang dengan tidak mengabaikan prinsip dan tanggungjawab menjaga keamanan negara.
Katanya, dapatan daripada jawatankuasa khas yang ditubuhkan akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
“Lagi cepat jawatankuasa ini menghasilkan dapatan, lagi cepat kita bentang. Kita ada sesi Julai hadapan.
“Biar itu menjadi satu garis masa untuk menunjukkan bahawa kesediaan kita sentiasa terbuka dalam menambah baik dasar perundangan, peraturan serta usaha bagi memperkasa aspek keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Sebelum ini, Saifuddin berkata penilaian tersebut bertujuan untuk memastikan undang-undang ini masih relevan dan sesuai untuk menangani jenayah terancang dan keganasan ekstrim serta memberikan keseimbangan antara keselamatan negara dan hak asasi individu.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment