• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras kekang manipulasi padi – Syed Hussin

Spread the love
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

TAIPING: Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyokong pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi mengekang sebarang manipulasi padi oleh pihak tertentu.

Beliau berkata pindaan akta itu membolehkan pesawah mengisar padi sendiri dan menjual beras yang mereka hasilkan.

“Langkah itu akan memberi lebih autonomi kepada pesawah dan memecahkan monopoli kilang dalam industri padi dan beras,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kembali Ke Sekolah di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang.

Pada 13 Februari lalu, kerajaan bersetuju meminda Akta 522 bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit, sekaligus membendung kegiatan menukar beras tempatan menjadi beras import.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohmad Sabu berkata ini kerana peruntukan seksyen sedia ada di bawah akta itu dilihat masih longgar dan tidak mencukupi dalam membendung kegiatan itu

Akta 522 ketika ini tidak menyenaraikan kesalahan mencampurkan beras tempatan dengan beras import, sebaliknya hanya menetapkan tujuh jenis kesalahan antaranya menyorok beras dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan, menjual beras secara borong atau runcit tanpa lesen serta menjualnya melebihi harga kawalan.

Sementara itu, Syed Hussin berkata Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diminta mengumumkan segera penurunan harga beras putih import (BPI) menjelang bulan Ramadan.

Katanya, harga BPI boleh diturunkan lebih rendah daripada beras putih tempatan (BPT) yang kekal pada harga RM2.60 sekilogram.

“Penurunan itu dilihat berasas memandangkan harga beras dunia ketika ini telah mengalami penurunan yang ketara.

“Dalam lawatan saya ke Pakistan bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beras putih import dah berharga RM2,000 satu tan atau RM2 sekilogram. Beras Vietnam lagi murah,” katanya.

Syed Hussin juga meminta kerajaan bertegas untuk tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak memanipulasi harga beras.

Beliau berkata pelaksanaan satu gred satu harga boleh dilakukan bagi memastikan tidak berlaku manipulasi harga beras oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation