• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tiada larangan Zakir Naik untuk berceramah – Saifuddin

Spread the love
KREDIT FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 20 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada larangan dikenakan kepada pendakwah, Zakir Naik berceramah di dalam negara ini.

Beliau berkata larangan sementara pada tahun 2019 kepada Zakir tidak terpakai masa ini.

“Tidak ada sekatan yang diletakkan oleh kerajaan kepada Zakir Naik,” kata Saifuddin di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang menanyakan sama ada Zakir masih diharamkan daripada berceramah susulan terdapat perintah larangan oleh polis terhadapnya pada tahun 2019.

Polis pada Ogos 2019 mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Larangan tersebut dikuatkuasakan selepas Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan Cina di Malaysia dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019.

Portal berita The Scoop melaporkan Zakir Naik telah membuat satu ucapan ataupun membuat dakwah terbuka dalam satu majlis di Kangar pada 2 Feb 2025.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation