• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Saifuddin beri sumbangan pada 57 masjid di sekitar Daerah Kulim, Bandar Baharu

Spread the love

KUALA LUMPUR 21 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memberi sumbangan kepada masjid di sekitar Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mengimarahkan masjid serta melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan bagi menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

“Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak yang kian mendekat, saya turun ke Kulim Bandar Baharu bagi bersama-sama meraikan Program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah.

“Lebih bermakna, saya dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun sudah lama tidak bersua muka, ukhuwah yang terjalin tetap erat, sambil-sambil mengamit kembali kenangan lama yang penuh makna,” katanya.

Saifuddin juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PDRM, agensi-agensi yang terlibat, serta pihak masjid yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan Program Ihya’ Ramadan itu.

“Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation