Pemukiman Kerajaan Madani diharap buahkan hasil – Saifuddin
KUALA LUMPUR 22 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Permukiman Kerajaan Madani Tahun 2025 merupakan satu medan penting bagi memastikan kesinambungan perancangan negara terus bergerak seiring dengan cabaran semasa.
Beliau berkata di dalam ucapan amanat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mesti seiring dengan kemajuan geopolitik dan teknologi semasa.
“Mesej ini adalah keutamaan saya juga di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Ianya agenda tetap yang saya akan selitkan di dalam setiap ucapan serta amanat yang saya sampaikan kepada warga KDN,” katanya.
Menurut Saifuddin, pemukiman itu adalah hala tuju yang akan membimbing usaha Jemaah Menteri dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
“Semoga sesi permukiman ini akan menjadi medan perbincangan untuk Kerajaan Madani dalam membuahkan hasil yang terbaik demi kepentingan rakyat,” katanya.
Be the first to leave a comment