• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Polis jamin keselamatan hari pembuangan undi esok

Spread the love

17 November 2022 – Ketua Polis Negara IG Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan berlangsung esok.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, pelbagai elemen telah digerakkan bagi memastikan kelancaran hari mengundi terjamin.

“Setakat ini, proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar walaupun terkesan beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik. Manakala dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan adalah terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam.

Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pembuangan undi akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat.” kata Acryl Sani.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Lagi Mengenai PRU15 :

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation