• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Insiden jurulatih tampar pemain tidak wajar berlaku – Young Syefura

Spread the love

1 JANUARI 2023 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 negeri Melaka yang menampar 2 orang pemainnya ekoran prestasi yang tidak memuaskan di sebuah kejohanan di Johor pada bulan Disember lalu.

Young Syefura yang juga merupakan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsayaan berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan jika ia telah menjadi satu budaya di dalam mana-mana sukan, ia perlu dihentikan dengan segera.

“Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet bahkan akan memberikan tekanan kepada atlet tersebut yang akhirnya akan memberikan impak kepada mental beliau.

Sukan adalah satu bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular di dalam bidang sukan. Menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang. Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka dan menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih pasukan beliau dan mengenal pasti kelemahan pasukan beliau. Jika seorang jurulatih tidak boleh mengawal emosi dan menjadi professional terhadap anak didik beliau, beliau tidak layak untuk menjadi jurulatih.” kata beliau.

Young Syefura turut berterima kasih atas keprihatinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang segera menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq mengenai hal ini.

“Saya berharap agar tindakan tegas dikenakan ke atas jurulatih ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk mengasari pemain beliau apa lagi pemain itu adalah seorang remaja perempuan bawah umur.” kata beliau.

Lagi Berita Sukan :

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation