14 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berpendapat bahawa apabila dua jawatan tertinggi dalam parti UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, ia akan mengurangkan lagi kepercayaan orang muda kepada keterbukaan parti tersebut.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, Naib Presiden UMNO iti berkata orang muda mempunyai idealisme tinggi, bercakap soal hak asasi, demokrasi dan sebagainya melihat apa yang sedang kepimpinan UMNO lakukan bertentangan dengan idealisme mereka.
“Dalam perbahasan kita banyak membangkitkan soal untuk mengembalikan kepercayaan orang muda kepada kita. Tetapi orang muda idealisme tinggi, yang bercakap soal hak asasi, demokrasi dan sebagainya tentu sahaja melihat apa yang kita lakukan bertentangan dengan idealisme mereka.
Mereka mahukan sebuah parti yang terbuka… Sebagai contoh, memberi kebebasan hak untuk bertanding.
Jadi, 2 jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, ianya akan mengurangkan lagi kepercayaan orang muda kepada keterbukaan UMNO yang akan menyekat minat mereka kepada kita. Itu yang membimbangkan.” kata Ismail Sabri.
Semalam, majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, mendapati majoriti perwakilan bangun dan mengangkat tangan menyokong usul tersebut.
“Majoriti perwakilan UMNO bangun dan angkat tangan sokong Usul Ucapan Dasar Presiden dengan satu tambahan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment