28 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah berkesempatan melawat PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek yang telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023.
Bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan berkata tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab.
Katanya secara keseluruhan, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri.
“Seperkara yang menjadi perhatian saya adalah pelaksanaan kali pertama penyediaan makanan dengan teknologi retort sebagai juadah awal untuk para mangsa banjir di PPS. Penggunaan retort food ini adalah langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di PPS. Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.
Tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi kita mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri.
Seperkara yang menjadi perhatian saya adalah pelaksanaan kali pertama penyediaan makanan dengan teknologi retort sebagai juadah awal untuk para mangsa banjir di PPS. Penggunaan retort food ini adalah langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di PPS. Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.” kata Armizan.
Beliau turut mendapat maklum balas positif daripada para mangsa berhubung pembekalan retort food. Namun katanya, mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, penyediaan retort food ini masih terhad dan belum meliputi semua PPS.
“Atas sebab itu, kita masih menerima beberapa aduan kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa yang baru sampai di sesetengah tempat. Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan retort food sebagai makanan kali pertama untuk mangsa yang baru tiba di PPS wajar diperluaskan di Sabah.
Saya juga difahamkan bekalan retort food dalam program rintis di Sabah ini diperolehi dari Semenanjung Malaysia. Sewajarnya usaha dirintis supaya bekalan dapat diperolehi secara domestik di negeri Sabah sendiri untuk memastikan stok boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa kekangan logistik udara atau laut. Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam aspek penyediaan makanan di semua PPS di Sabah.” ujar Armizan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment