• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

Spread the love

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan Sukan (KBS) bersama ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan Malaysia telah diadakan di sini pada hari ini.

Menurut KBS, sesi tersebut bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua eksekutif dan pemain industri sukan negara untuk memberi dan menyatakan pandangan serta cadangan kepada Menteri mengenai langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk memperkasakan dan memperkembangkan lagi sektor industri sukan negara supaya kedua-dua belah pihak memperoleh keuntungan.

“Seramai 297 orang pemegang taruh dari pelbagai industri telah hadir pada hari ini antaranya dari pihak telekomunikasi, gymnasium, pengurusan acara, peruncitan sukan, e-sports, penerbangan dan pelbagai lagi.

Kementerian mengambil maklum akan semua perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak industri sukan dan akan berusaha untuk membantu menyelesaikan isu-isu tersebut.” kata KBS.

Sebagai langkah proaktif, pihak KBS telah menetapkan beberapa perkara yang akan dibincangkan seperti:

i. Mempermudahkan permohonan lesen dan permit bagi penganjuran acara sukan.

ii. Menggalakkan sektor korporat untuk menaja persatuan dan atlet dengan memberi insentif cukai.

iii. Skim insurans untuk sukan berisiko tinggi bagi melindungi atlet.

iv. Membantu memudahkan urusan pihak industri sukan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

v. Memudahkan kerjasama pihak industri sukan dengan pihak sekolah untuk menyokong pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

“Penganjuran sesi dialog awam ini menunjukkan kementerian komited dalam mengangkat martabat sektor sukan negara sebagai sebuah industri sukan yang kompetitif di Malaysia.” ujar KBS.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation