• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Burger King tawarkan Menu RAHMAH

Spread the love

JOHOR BAHRU, 10 FEBRUARI 2023 – Susulan daripada kerjasama sinergi di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama industri restoran dan peruncitan, inisiatif “Menu RAHMAH” telah berjaya menarik kerjasama bersama industri rantaian restoran makanan segera.

Semalam, Restoran BURGER KING® yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual Restaurant) yang utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera pertama yang melancarkan “Menu RAHMAH” dalam menu sajian kepada pelanggannya.

“Menu RAHMAH” ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis protein iaitu BK Chick’N Crisp® (Ayam) dan Cheesy Beef (Daging) dan disertakan dengan sebotol Air Mineral Dasani dengan harga RM 5.00 bagi satu hidangan di 140 buah cawangannya di Semenanjung. Daging lembu dan ayam yang digunakan adalah 100 peratus disahkan Halal dan syarikat hanya menggunakan sayur-sayuran segar yang diperolehi dari seluruh Malaysia.” kata Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub.

Salahuddin telah hadir bagi menghadiri dan merasmikan Menu RAHMAH di Restoran BURGER KING® Persiaran Indah, Johor Bahru.

Dalam program tersebut juga anak-anak yatim dari Rumah Fitrah Qaseh, Johor Bahru turut menjadi tetamu istimewa bagi merasai pengalaman menjadi orang pertama merasai “Menu RAHMAH” daripada Restoran BURGER KING®.

“KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri rantaian restoran makanan segera supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.” ujar Salahuddin.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation