PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas dua (2) buah premis yang merupakan syarikat pengedar alat ganti kenderaan di sekitar Batu Caves, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2023. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 3,043 unit alat ganti kenderaan iaitu penapis minyak kenderaan, penapis angin kenderaan dan tali sawat kenderaan yang menggunakan jenama Hyundai dan KIA yang disyaki tiruan.
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan semalam, kesemua alat ganti tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 240,792.00.
“Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua (2) orang individu lelaki, warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik kedua-dua premis terbabit, berumur lingkungan lewat 30 dan 40-an untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan sehingga RM 10,000.00 bagi setiap barang tiruan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM 20,000.00 bagi setiap barang tiruan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.” kata Azman.
Justeru, KPDN memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah, terutamanya alat ganti kenderaan seumpama ini kerana boleh mengancam keselamatan pengguna.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment