11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik” yang ke udara baru-baru ini memaparkan kritikan dan Pandangan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Sharil Hamdan (SH) terhadap isu2 panas semasa kerajaan, juga terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (FF) yang seharusnya berperanan memberi penjelasan tepat kpd masyarakat umum.
Beberapa perkara dibangkitkan di dalam episod kali ini iaitu :
Satu undi utk KJ, satu undi untuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. KJ menjelaskan isu ini semasa PRU lepas terbukti untuk Pakatan Harapan (PH). FF tidak dapat lagi menyangkalnya kerana Zahid kini bersama PH.
KJ dan SH kuat mendokong bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakon (DSIS) dan menganggap DSIS sebagai pencetus pemulihan ekonomi selepas COVID-19. Berjaya mengambil langkah sepatutnya di bawah kementerian berkaitan pada masa itu, bagi memastikan lockdown tidak akan berulang dan didapati selepasnya prestasi ekonomi semakin meningkat dan pengganguran semakin berkurangan serta sosio ekonomi rakyat semakin pulih.
KJ dan SH dalam PRN akan datang tidak menyatakan pendirian positif untuk bertanding sebagai calon mana-mana parti.
Isu pengeluaran khas KWSP , mereka tidak bersetuju dgn keputusan kerajaan yang dianggap populis, sedangkan jangka panjang tidak baik untuk negara. Kerajaan perlu tegas, kerana situasi sekarang tiba masanya utk rakyat berkerja. Sekiranya ada rakyat yang betul-betul memerlukannya, Kerajaan ada cara lain membantunya. Bukannya cara menerusi pinjaman pencarum KWSP dengan Bank. Pada peringkat awalnya kerajaan menyatakan tidak ada bayaran bulanan , tetapi lain pula pendiriannya. Ini menunjukan kerajaan tidak konsisten dan dipertikaikan. Isu ini menjadi bola tanggung kepada pembangkang.
Isu LCS kerajaan mengeluar kenyataan bercanggah tentang kedaulatan yang perlu dpertahankan oleh seorang PM iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dalam kunjungan ke China PMX dikatakan tidak tegas terhadap isu ini dan membuka ruang kepada pintu rundingan.
Manakala isu tentang orang Melayu agar jangan terlalu selesa serta jangan angkuh dengan minoriti bangsa lain di negara ini. Ini akan mengundang polimik dan PMX dianggap bukan pejuang Melayu dan memberi kesan kepada pengundi Melayu.
KJ dan SH melihat dalam mengeluar kenyataan didapati PMX berbeza berbanding PM sebelum-sebelumnya kerana gemar ucapan tanpa membaca teks. Perkara ini ada buruknya dan perlu Kementerian Komunikasi melihat secara serius agar tidak tersasar matlamatnya.
FF dilihat oleh KJ dan SH sensitif dengan kebebasan akhbar yang sebelum ini adalah sebahagian daripada teras perjuangan politiknya semasa diluar kerajaan. Banyak teguran yang disampaikan terhadap kenyatan dalam medsos diserang, sedangkan ia adalah sebahagian media arus perdana. Ini menggambarkan siapa yang memenerajuai pentadbiran tidak semudah ketika mereka sebagai pembangkang. Perkembangan semua ini, rakyat memerhatikannya.
Be the first to leave a comment