BANDAR TUN RAZAK, 28 Jun 2023 – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dato Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pagi ini merasmikan Majlis Pelancaran Digital Niaga yang berlansung di International Youth Bandar Tun Razak, merupakan inisiatif bagi memperkasakan aktibiti ekonomi setempat selaras dengan tuntutan semasa.
Hadir bersama Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin. Program yang berlangsung di International Youth Centre di hadiri oleh 300 usahawan, pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana.
Menurut Dr. Wan Azizah program ini antaranya untuk membantu usahawan kecil dalam perniagaan masing-masing melalui kerjasama yang dilakukan bersama Aplikasi Borong menerusi Digital niaga.
“Aplikasi ini memokaskan kepada pasaran semasa, pembiayaan dan invois buat peniaga dan pembeli serta perancangan sumber perusahaan digital.
“Inisiatif pihak Dropee Technology SDN Bhd yang berklobrasi bersama pejabat Parlimen Bandar Tun Razak serta Amanah Ikthiar Malaysia dapat memberi sedikit sebanyak memberi manafaat kepada usahawan-usahawan khususnya di Bandar Tun Razak, ujarnya.
Be the first to leave a comment