ECOTRAIL® PUTRAJAYA beri peluang peserta dekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya bandar

Spread the love

ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA merupakan acara perlumbaan larian denai terbesar yang unik dan telah berjaya dalam penganjurannya sejak penciptaan acara ini yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), lokasi perlumbaan dipilih berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pinggir bandar seperti di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Objektif Ecotrail adalah gabungan perlumbaan larian sihat di samping memberi peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya sesebuah bandar.

Pemilihan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran acara tersebut adalah kerana Putrajaya merupakan bandar ultra-moden yang masih dikelilingi dengan taman-taman alam semulajadi di samping mampu memberi peluang kepada para peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini memberi
peluang untuk Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya dan seterusnya mempromosikan lokasi ini sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Selain itu, sehingga bulan Mac 2023, jumlah tetamu yang menginap di hotel sekitar Putrajaya adalah sebanyak 148,437 orang, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022, jumlahnya telah meningkat sebanyak 157.3%.” kata MOTAC.

Perlumbaan EcoTrail® telah mula diperkenalkan dan diadakan di bandar Paris, Brussels, Reykjavik, Oslo, FunchalMadeira Island, Madrid, Geneva, Florence, Stockholm, Copenhagen, Oslo, Putrajaya dan Chiang Mai. Pada tahun 2023, EcoTrail® akan diadakan di Putrajaya (Malaysia) pada 29 Julai, Wicklow (Ireland) pada 30 September, Funchal – Madeira Island pada 21 Oktober dan Valencia (Spain) pada 29 Oktober 2023.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation