• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Menteri Sumber Manusia memberi mandat kepada Talentcorp selaku Badan Pemikir Strategik Kesuma

Spread the love

PUTRAJAYA, 8 Mac 2024 (Bernama) — Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong telah memberi mandat kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) agensi di bawah kementriannya, untuk berkhidmat sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA.
 
Dengan memperluas mandat baharu kepada TalentCorp, YB Steven Sim menekankan kepentingan intelektual serta kebijaksanaan yang diamanahkan kepada Agensi tersebut untuk merancang strategi bagi pembangunan dasar, advokasi, dan perancangan masa hadapan Kementerian.
 
“Kita berada dalam dunia yang semakin berpecah-belah dengan pasaran yang semakin mengecil. Sebagai pembuat dasar, kita perlu memahami landskap global, supaya kita kekal relevan dan kreatif untuk memanfaatkan peluang jangka pendek dan meletakkan asas untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan.”
 
“Saya melihat TalentCorp memainkan peranan penting selaku badan pemikir KESUMA, yang berkerjasama dengan jabatan dan agensi Kementerian untuk menangani cabaran yang semakin berkembang dalam tenaga kerja di Malaysia. TalentCorp berada dalam kedudukan yang unik dalam memainkan peranan tersebut melalui pelbagai program yang dikhususkan untuk bakat tempatan dan global, serta menjalinkan kerjasama rentas kementerian, agensi, industri dan akademia,” katanya.
 
Beliau turut berkata bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada TalentCorp sebagai badan pemikir KESUMA ini akan menjadi elemen tambahan seiring dengan fungsi utama agensi itu, dan tiada sebarang peruntukan tambahan diperlukan dalam menggalas mandat baharu ini.
 
Beliau mengumumkan perkara tersebut dihadapan pengurusan tertinggi KESUMA, 15 peneraju industri, dan 13 wakil dari lembaga latihan negeri dalam mesyuarat pertama Future Skills Talent Council TalentCorp (FSTC) bagi sektor Elektrik & Elektronik (E&E) yang diadakan pada 6 Mac 2024 di Georgetown, Pulau Pinang.
 
FSTC merupakan sebuah inisiatif yang dipacu industri dimana ahli majlis FSTC akan mengenal pasti kemahiran serta bentuk latihan yang diperlukan sektor mereka. Ahli FSTC E&E terdiri daripada para pemimpin industri, termasuklah daripada Jabil Circuits, Flextronics Technology, Micron Memory Malaysia, Motorola Solutions, Denso Malaysia dan Bosch Rexroth. Dalam mesyuarat sulung mereka, Lau Kean Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif Inari Amertron Berhad, telah dipilih sebagai Pengerusi pertama FSTC E&E.
 
Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut mengumumkan projek pertama yang akan dilaksanakan oleh TalentCorp di bawah peranan baharunya.
 
“TalentCorp telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan laporan mengenai impak kecerdasan buatan, digitalisasi dan ekonomi hijau ke atas tenaga kerja dan landskap kerja Malaysia.”
 
Kajian ini akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja kepada penggubal dasar malahan, kepada industri khususnya PKS dalam penyediaan tenaga kerja masa hadapan.”
 
“Ahli Majlis FSTC yang terdiri dari kalangan pemimpin Industri akan memainkan peranan penting sebagai badan penasihat dalam kajian itu,” katanya,”
 
Kajian itu akan dijalankan dalam dua fasa di mana fasa 1 dijangka siap menjelang September 2024.
 
Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp ditugaskan untuk memacu strategi bakat Malaysia dengan tujuan untuk memupuk, menarik dan mengekalkan tenaga pakar yang tepat dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Agensi tersebut menjalankan usaha untuk menyokong dasar, memacu kerjasama yang kukuh dan berkesan, memperkenalkan amalan terbaik, serta membangunkan program intervensi berpaksikan kepada tiga teras strategik iaitu mengoptimumkan bakat Malaysia, menarik dan memudahcara bakat global, dan mewujudkan rangkaian bakat terbaik. 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation