CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.
Susulan insiden melibatkan stoking yang tertera kalimah Allah, MCMC berkata dalam satu kenyataan media hari ini, pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejaki pemilik-pemilik akaun yang terlibat dan membawa mereka ke muka pengadilan.
“MCMC mengingatkan semua pihak untuk menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komenkomen yang bersifat provokatif dan 3R (race, royalty, religion) di media sosial.” tegas MCMC.
Berdasarkan statistik MCMC, terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).
“Sebanyak 35,490 kandungan telah diturunkan pada 2023, manakala bagi dua bulan pertama tahun ini sahaja, 27,115 kandungan diturunkan.
Kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.Kandungan sedemikian mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.” kata MCMC.
Tambah MCMC, Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Manakala, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini.
Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment