KUALA LUMPUR, 3 April 2024 (Bernama) – Allo Technology Sdn Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 50 anak-anak yatim dalam satu majlis yang diadakan di Bangi, baru-baru ini.
Selain berkongsi rezeki dengan majlis berbuka puasa, Allo turut menyampaikan sumbangan am serta duit raya hasil sumbangan ikhlas warga Allo kepada anak-anak yatim yang diraikan daripada Pertubuhan Baitul Ulfah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Muhammad Al Fateh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad, program menyantuni anak-anak yatim di bulan Ramadan adalah cerminan budaya prihatin Allo terhadap golongan yang kurang bernasib baik di komuniti mereka beroperasi.
“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi milik penuh TNB, sifat prihatin adalah nilai teras utama yang menjadi pegangan syarikat kami. Kemunculan Ramadan ini memberi peluang kepada kami untuk menyantuni anak-anak yatim dengan meraikan mereka pada majlis berbuka puasa bersama,” katanya.
Tahun lalu, warga Allo menyantuni dengan cara berbeza dengan bergotong-royong membersihkan, mengecat dan menggantikan kelengkapan yang rosak di sebuah asrama anak yatim di Dengkil.
“Saya yakin usaha sebegini dapat memupuk rasa syukur dalam kalangan warga Allo selain membawa kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan,” katanya.
Selain meraikan anak-anak yatim, Allo turut berkongsi rezeki dengan komuniti di tempat mereka beroperasi dengan mengedar lebih 1,000 pek bubur lambuk di beberapa surau dan masjid di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Kubang Pasu, Kedah; Padang Rengas, Perak; dan Masjid Uniten, Bangi.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment