• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2024 (Bernama) – Pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,237 kes berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 51 lokaliti di Selangor, empat (4) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti Perak, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Sarawak.
 
Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-17. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes. Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17. Bagi survelan zika, sebanyak 850 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan kendiri dengan memakai pakaian yang berwarna cerah, baju berlengan panjang dan berseluar panjang serta menggunakan produk penghalau nyamuk (repelan) bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Selain itu, elakkan berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Dinasihatkan agar melakukan aktiviti semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa yang bersembunyi di dalam rumah. Orang ramai juga boleh menyemak status wabak atau hotspot denggi bagi destinasi yang dituju melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my) sebagai langkah berjagajaga dan seterusnya mengambil tindakan proaktif untuk mengelak terkena jangkitan. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation