• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Jumlah kes isu pencatutan diesel adalah kecil dan terkawal

Spread the love

SEPANG, 6 Ogos 2024 – Sepanjang tempoh OPS KESAN 2.0 dilaksanakan, Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima 83 aduan awam yang terkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sebanyak 244 notis bertulis telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP). Daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Secara keseluruhannya, dalam tempoh dua bulan fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal. Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik.

KPDN menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Pada masa yang sama, KPDN akan terus memperkasa pemantauan di semua peringkat melalui OPS KESAN 2.0 dan maklum balas awam adalah amat dialu-alukan.” kata Armizan.

OPS KESAN 2.0 telah mula dilaksanakan sejak 8 Jun 2024, iaitu sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun yang lalu. Sehingga 4 Ogos 2024, KPDN telah membuat pemeriksaan terhadap 24,666 buah premis perniagaan di seluruh Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation