• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Spread the love

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi

TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim.

Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun.

Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak.

“Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya.

Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton PONSB merangkap Penaung Kelab Proton Tanjung Malim.

Beliau menyatakan sokongannya terhadap inisiatif murni dalam melestarikan budaya sukan di kalangan akar umbi supaya terlahir ramai atlet yang berdaya saing dan aktif serta cemerlang tidak hanya di bidang sukan malahan bidang akademik juga.

“Dengan eforia bola sepak negara kita ini yang semakin berkembang, pastinya kejohanan sukan yang melibatkan pembangunan bakat perlu terus diadakan. Inisiatif yang dijalankan oleh ahli Kelab Proton Tanjung Malim dengan menggunakan  segala peluang dan fasiliti yang ada pastinya bakal menjadi medan penting untuk menggilap bakat dan memperkukuhkan industri bola sepak dalam negara sekaligus mempromosikan keindahan Muallim dengan segala kecantikan dan ketenangannya,” ujarnya.

Sebanyak 16 pasukan bawah 12 tahun ikut bertanding dalam kejohanan ini dan menyaksikan Kuala Kangsar FA Junior dinobat sebagai juara apabila berjaya menewaskan Akademi Tunas Kinta Utara di final dengan jaringan 3-1.

Piala Liga Pembangunan Bawah 16 tahun pula dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 September 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation