• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

JIM selamatkan mangsa eksploitasi buruh paksa

Spread the love

PUTRAJAYA 16 Ogos 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan seorang lelaki warga asing di bawah umur disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa, dalam satu operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua buah premis restoran di sekitar Shah Alam, Selangor semalam.

Menurut Jafri nin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, operasi dijalankan pada jam 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar, tiga lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia serta tiga lelaki warganegara India. Semasa operasi dijalankan seorang pekerja yang menyedari kehadiran pegawai JIM bertindak melarikan diri, namun berjaya diberkas semula.

Hasil pemeriksaan telah menahan dua majikan warganegara Malaysia dan empat saman saksi telah dikeluarkan kepada individu yang dikenalpasti untuk membantu siasatan. JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) iaitu memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.” kata Jafri.

Tambahnya, JIM sentiasa memandang serius perkara seumpama ini dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan pemerdagangan orang di bawah ATIPSOM 2007 (AKTA 670). Sabit kesalahan individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh dihatuhi hukuman sebat bagi kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation