Momentum Nenggeri akan merebak ke Mahkota – Sheikh Umar Bagharib

Spread the love

JOHOR, 17 Ogos 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Bin Ali mengucapkan tahniah kepada calon UMNO Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang telah memenangi pilihanraya sekaligus merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dari PN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sheik Umar berkata bahawa disamping keberkesanan strategi, kemenangan tersebut memberi gambaran bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO dapat dipertahan walau diserang hebat oleh PN.

“Pada hemat saya, ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap halatuju Kerajaan Perpaduan ketika ini. Ia termasuklah iltizam memulihkan ekonomi, menyatupadukan rakyat serta mengetengah dasar yang baik untuk negara.

Selain itu, naratif politik perkauman sempit dan jahat yang melatari kempen PN contohnya meng’kafir harbi’kan kelompok lain yang tidak seliran ternyata semakin tidak berkesan. Pengundi mahukan agenda pembangunan dan perpaduan sepertimana dibawakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.” katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Pada masa yang sama, beliau selaku pemimpin DAP tempatan dan juga pengundi di DUN Mahkota amat percaya, momentum kejayaan calon UMNO di Nenggiri akan merebak ke pilihan raya DUN Mahkota pada September ini.

“Pakatan Harapan akan terus mengekalkan kerjasama strategik dalam kempen di DUN Mahkota untuk memastikan kemenangan calon Perpaduan disini.” ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation